Wednesday, April 27, 2011

I Am Legend


Sambungan daripada sebelum ini...
11 Mei 1981. Dua minggu dari sekarang genaplah ulang tahun ke-30 kematian Nesta Robert Marley atau lebih dikenali sebagai Bob Marley, yang juga individu penting dalam memperkenalkan muzik reggae kepada dunia. Kalau diikutkan kepada khabar angin laporan kematiannya (laporan rasmi tak pernah didedahkan), BM mati kerana kesan jangkitan barah kulit ke beberapa bahagian dalam badan sehingga ke kerongkong dan otak. Pelik tak, bagaimana barah kulit boleh sampai ke otak? Bagi orang kebanyakan, kita mesti pelik, bukan...tapi doktor-doktor perubatan pakar mungkin dapat menerangkannya. Ok begini, BM dikesan dijangkiti penyakit barah kulit ini atau dalam bahasa ajaibnya ‘acral lentiginous melanoma’ (boleh google sendiri kalau nak maklumat lanjut), selepas cedera di ibu jari kaki kanannya ketika bermain bola sepak di Perancis pada Julai 1977. Sejak itu, penyakit ini bertambah teruk dan merebak ke seluruh badannya sehinggalah ke otak yang mengakibatkan kematiannya. Sebenarnya, banyak khabar angin yang mengatakan bahawa BM sememangnya dirancang untuk ‘dimatikan’ oleh PIHAK TERTENTU kerana pengaruh besarnya. Pertama, ramai pengikut kepercayaan Rastafari (Oh, belum cerita lagi ekk pasal Rastafari??, ok, nanti akan diselitkan serba sedikit pasal kepercayaan tu selepas ni) bahawa ada pihak yang meletakkan plat besi bervirus pada kasut bola BM semasa di Perancis dulu. Walaupun tahap kesihatannya terganggu, BM banyak mengadakan persembahan dan jelajah ke Eropah dan Amerika Syarikat sendiri. Dipendekkan cerita, selepas jelajah untuk album ‘Uprising’nya  (Uprising Tour) di New York, kesihatannya bertambah teruk dan memaksanya untuk membatalkan siri konsertnya itu, seterusnya beliau mendapatkan rawatan terapi di Jerman oleh Dr Josef Issels (bekas doktor Nazi) yang sedikit kontroversi sistem perubatannya, selama lapan bulan. Semasa BM diterbangkan pulang ke Jamaica, kapal terbang yang dinaikinya terpaksa membuat pendaratan kecemasan di Miami kerana BM dilaporkan terlalu tenat, yang akhirnya meninggal dunia di Hospital Cedars of Lebanon, Florida. That is it. When I say this is it, it really means this is it...haha..ok

Disambungceritalagikan, kenapa BM terpaksa dihapuskan??
Yaa...itulah persoalannya. Ringkasannya, BM adalah anak kepada anggota marin Diraja British yang berketurunan Yahudi Syria. Dilahirkan di Jamaica. Juga seorang ahli pergerakan Rastafari. Rastafarian mengamalkan diet pemakanan ‘original’ tanpa pengawet, perasa dan pewarna tambahan, dan kerana itu mereka adalah dikatakan vegetarian. Rastafarian menggunakan kanabis (atau dalam bahasa sanskritnya ialah ganja) untuk upacara keagamaan dan spiritual mereka. Pergerakan ini juga mempunyai kaitan dengan teori ketuhanan yahudi, iaitu JAH (disebut sebagai y-a-h) atau juga disebut Jahweh (y-a-h-w-e-h), dan Kristian menggunakan nama sebagai Jehovah's Witnesses (macam pernah dengar!!). Dan kalau diselidik lagi dalam The Jewish Encyclopedia, anda akan jumpa perkataan Yahu, anda kenal dengan yahoo??
Seperkara lagi, Rastafarian berkait rapat juga dengan Zion, atau Tzion yang merujuk kepada Jerusalem atau Baitulmaqdis (kota suci Islam, Kristian dan Yahudi) yang kini sedang diusahakan oleh pihak yahudi (zionis) untuk menjadi kubu terakhir mereka pada peperangan akhir zaman nanti. Kerana itu, selepas tumbangnya Nazi, pergerakan zionis (yahudi berpengaruh) inilah yang membawa balik bangsa yahudi ke Palestin dan menubuhkan secara rasmi negara Israel. Bawa balik?? Opps, lupa...sebenarnya puak-puak yahudi dah lama bertapak di Baitulmaqdis sejak zaman perang dengan Rom sampailah ke Perang Salib... kemonlah, tengoklah filem Kingdom of Heaven (sedutan ada di bawah)....

Boleh dikatakan puak yahudi ini sememangnya puak yang sering dihalau dan diusir iaitu sejak zaman Nabi Musa A.S hinggalah Hitler. Dan kerana itu, mereka tidak pernah mempunyai negara sehingga pada tanggal 14 Mei 1948. Dan kenapa mereka memilih nama ISRAEL dan kenapa di Palestin?
Ok begini sejarah awalnya, Nabi Ibrahim A.S (Abraham) mempunyai anak bernama Nabi Ishak A.S (Isaac) dan Nabi Ismail A.S (Ishmael) manakala Nabi Ishak A.S mempunyai anak bernama Nabi Yaakub A.S (Jacob) dan Al-Ish (Esau). (Perlu diingat bahawa keturunan Nabi Ishak A.S inilah yang melahirkan Bani Israel). Dianjakkan jalurmasanya, selepas Nabi Yaakub A.S menikahi sepupunya di Iraq, baginda pulang ke Kan’an (Palestin) untuk bersama bapanya Nabi Ishak A.S selepas pertelingkahan baginda dengan saudaranya Al-Ish sebelum baginda ke Iraq. Menurut ahli sejarah, nama Yaakub juga digunakan sebagai perkataan Israel. Isra membawa erti hamba, kesucian, manusia atau muhajir, manakala el bererti Allah. Jadi, Israel adalah merujuk kepada hamba daripada kesucian Allah. Jadi, Israel adalah nama nabi. (Israel untuk tajuk blog ini adalah merujuk kepada negara Israel)

Ingatlah kepada firman Allah:
"Segala jenis makanan dahulu adalah halal bagi Bani Israel, kecuali makanan yang diharamkan oleh Israel (Nabi Yaakub) kepada dirinya sendiri sebelum diturunkan Kitab Taurat. Katakanlah (wahai Muhammad): (Jika ada makanan yang diharamkan kepada kamu wahai Bani Israil sebelum Kitab Taurat diturunkan) maka bawalah kamu Kitab Taurat itu kemudian bacalah akan dia, kalau betul kamu orang-orang yang benar." (Surah Ali-Imran : 93)

Ok, sambung kepada kenapa di Palestin...kerana Jerusalem (Baitulmaqdis) laa...cuba tengok balik sedutan filem Kingdom of Heaven dan dengarkan dialog “What is Jerusalem worth?” “Nothing....Everything”. Maksudnya? waAllahu A’lam. Oleh kerana itu, pelbagai cara pihak yahudi mereka-reka cerita dan mengubah fakta sejarah yang menerangkan bahawa terdapat kuil-kuil suci mereka yang telah dibina di situ, sejak zaman Babylon lagi, malah mengatakan bahawa kuil-kuil mereka itu telah wujud ketika zaman Yahudza atau Judah lagi (iaitu anak Nabi Yaakub dan juga adik beradik-adik Nabi Yusuf A.S (Joseph)). Opps..terlebih cakap...cerita pasal Judah insyaAllah akan diceritakan pada masa akan datang.

Sambung balik, walaupun begitu, ramai ahli sejarah yang menolak kewujudan kuil yahudi kerana mereka beranggapan binaan itu adalah milik Volga dari pemerintahan Khazars. Begitu juga singgahsana Nabi Sulaiman A.S (Solomon) juga dikatakan berada di situ. Sudah konfius?? Kemonlah..ilmu itukan cahaya yang datang dari ALLAH kepada sesiapa yang mencarinya...hehe. Cerita Nabi Sulaiman A.S ada dalam Al-Quran Surah al-Naml dan Surah Saba’. Oleh sebab itu, puak yahudi ini mengadakan fakta sejarah kononnya Baginda pernah membina Kuil Sulaiman (Solomon Temple) dan Kuil Kedua oleh Herod sebelum diruntuhkan oleh kerajaan Rom. Semua ini adalah PEMBOHONGAN pihak yahudi (zionis) semata-mata untuk membina sejarah Baitulmaqdis mengikut versi mereka.

Sedikit fakta mengenai Baitulmaqdis:
•    ditakluk dan dibuka oleh Nabi Daud A.S (David) sebagai ibu kota kerajaan baginda
•    pernah diperintah oleh Nabi Sulaiman A.S
•    tempat ketiga paling suci dalam Islam
•    menjadi kiblat pertama umat Islam sebelum beralih ke Makkah
•    tempat Nabi Muhammad s.a.w. naik ke syurga semasa peristiwa Israk Mikraj
•    pernah ditawan oleh Salahuddin Al-Ayubbi

Sambung lagi, pihak yahudi juga berpegang kuat kepada fakta bahawa Raja/Nabi Daud A.S, sebagai pemerintah pertama Baitulmaqdis untuk menguatkan dakwaan mereka bahawa bangsa yahudi telah lama bertapak di sini. Memanglah kita tahu, Nabi Daud A.S juga adalah dari bangsa yahudi, begitu juga dengan Nabi Sulaiman, Nabi Yunus (Jonah), Nabi Musa (Moses) dan beberapa lagi dari kalangan Bani Israel sehinggalah kepada Nabi Isa (Jesus). Bangsa yahudi adalah bangsa yang paling ramai Nabi kerana bangsa ini terkenal dengan sifat egonya, suka memberontak, paling degil kepada Allah, dan paling penting ialah mereka merupakan bangsa yang suka khianat walau di mana mereka berada.

Opps..oppsss...ini dah terlajak jauh ni. Sebenarnya nak ceritakan pasal Bob Marley dan beberapa perkara lain, tapi terlajak sampai ke sejarah Nabi, sepatutnya kisah Nabi akan diceritakan selepas bab ni. Tapi takpe lah, berkongsi ilmu....

Ok, di mana kita..?

Ermmm....pasal BM dengan kepercayaan kuatnya pada Rastafari, sebenarnya pada awal barah di kakinya mula dikesan, beliau dinasihatkan untuk memotong jari kakinya itu untuk mengelakkan ianya merebak. Namun, kepercayaan teguh BM kepada Rastafari yang melarang untuk memotong daging membuatkan beliau enggan melakukannya. Bukan sekali dinasihatkan oleh doktor malah beberapa kali. Disebabkan itu, barahnya semakin merebak (untuk makluman barah kulit ini mampu merebak melalui tisu badan dan saluran darah), sehinggalah tumor otak dikesan pada September 1980, selepas BM rebah semasa berjogging di Central Park, New York. Pada hari sebelumnya, BM telah dilihat sangat sakit dan tidak bermaya semasa persembahannya di Madison Square Gardens. Dari sinilah yang membawa BM ke Jerman untuk mendapat rawatan terapinya secara holistik, walaupun terdapat Pusat Barah Sloan-Kettering di New York yang cukup dikenali sebagai pusat perubatan pakar untuk penyakit barah. Ini kerana terdapat dakwaan bahawa BM tidak mempercayai perubatan moden Barat.

Disebabkan itu, ramai yang mempersoalkan perkara-perkara yang berkaitan BM bermula sejak kecederaan kakinya di Perancis, proses perubatan yang diambil sehinggalah kepada kematiannya. Antaranya ialah mengapa BM masih lagi diberi pelepasan oleh doktor untuk mengadakan jelajah walaupun kesihatannya sangat teruk?, adakah proses rawatan yang diambil BM itu adalah sewajarnya?, bagaimana BM mampu bertahan lama dengan barahnya itu?, adakah terdapat pihak yang memperalat kepercayaan teguh BM kepada Rastafari, untuk melemahkannya? betulkah pengaruh BM semakin besar sehingga mampu menggugat kuasa yang sedang cuba menguasai dunia? Adakah perkaitan pergerakan Rastafari dengan Ethiopian (Habsyah) Orthodoks yang berasal dari keturunan Nabi Sulaiman adalah puncanya?. Perlu diingat, BM bersama isteri dan pengurusnya, Don Taylor pernah ditembak dalam satu cubaan membunuh mereka di Jamaica pada 1976.


Jadi, kesimpulannya, sama seperti Jimi Hendrix yang dilemaskan kerana kaitannya dengan parti Black Panther (yahudi amat membenci golongan kulit hitam Afrika) dan cuba membongkar rahsia Illuminati, begitu juga dengan Tupac Shakur yang ditembak empat kali selepas pulang dari menyaksikan perlawanan tinju Mike Tyson kerana kenyataan lantangnya di sidang akhbar yang mengaitkan pakatan konspirasi Illuminati (beliau mati enam hari kemudian) dan tidak lupa juga kepada Michael Jackson (tontonlah filem This Is It). Ooo...satu lagi, Elvis Presley. Saksikan 23 saat pertama video klip Jail House Rock ini di bawah dan pada pendapat anda apa maksudnya?


Semua nama yang disebutkan di atas adalah boleh dianggap raja mengikut genre masing-masing:
Jimi Hendrix : Raja Hard Rock (mati pada 18 Sept 1970)
Elvis Presley : Raja Rock n Roll (mati pada 16 Ogos 1977)
Bob Marley : Raja Reggae (mati pada 11 Mei 1981)
Tupac Shakur : Raja Rap/Hip Hop (mati pada 13 Sept 1996)
Michael Jackson : Raja Pop (mati pada 25 Jun 2009)

Dan bukan setakat pemuzik sahaja yang dihapuskan kerana ingin membongkar perihal Illuminati malah pengkaji-pengkaji ekstrem juga telah dihapuskan, contohnya:
John Todd : cuba membongkar perancangan Illuminati mengenai UFO, dia kemudian dituduh dalam kes rogol dan dimasukkan ke hospital mental dan tidak kedengaran lagi mengenai beliau selepas itu.
Fritz Springmeier : menulis buku ‘Bloodlines of The Illuminati’ dan membongkar konspirasi makhluk asing oleh Illuminati sejak awal 90an, dia kemudian dituduh terbabit dalam rompakan bersenjata dan dipenjarakan 9 tahun pada 2003.
Kent Hovind : mendedahkan sistem kewangan Amerika Syarikat dikuasai oleh golongan Illuminati, dia kemudian dituduh dalam jenayah berkaitan cukai dan dipenjara 10 tahun.
Bill Cooper : menulis buku ‘Behold a Pale Horse’ dan mendedahkan rancangan UFO Illuminati melalui dokumentasinya selain beliau juga telah menjangkakan kejadian 9/11 sebelum ianya berlaku, dia kemudian dibunuh di halaman rumahnya pada 5 November 2001.


Sesuatu rahsia tidak akan menjadi rahsia lagi sehingga mana kita tahu apa yang kita cari


Selepas ini….


Skyline