Sunday, April 17, 2011

Antara Hitler dan Yahudi

"I could have annihilated all the jews, but i left some of them so the world would know why i killed them"

Kata-kata dari seseorang yang semasa usia remajanya adalah seorang antisosial. Lahir di sebuah pekan kecil di Austria. Adolf Hitler. Pada zaman remajanya,  beliau menyalahkan bangsa Yahudi kerana kekurangan kekosongan jawatan dan peluang perniagaan yang didominasi mereka menyebabkan beliau gagal mencari pekerjaan sesuai dengan minatnya dalam senilukis. Beliau kemudian menyertai tentera Jerman untuk Perang Dunia Pertama sebelum mengalami kecederaan dan ditugaskan ke Pejabat Pentadbiran Tentera setelah perang tamat. Seterusnya beliau menyertai pidato mengenai nasionalisme Jerman secara aktif di Beer Hall, yang merupakan salah sebuah bar yang sering dikunjungi beliau di Bavaria. Langsung, tertubuhlah Parti Buruh Jerman yang kemudian ditukar ke Parti Nasionalis Sosialis yang lebih dikenali sebagai Parti Nazi. Hitler bersama rakan-rakan bekas tentera kemudiannya berusaha melancarkan rampasan kuasa pentadbiran daerah Bavaria yang juga dinamakan sebagai ‘Beer Hall Puscht”. Mereka kemudian ditangkap dan dipenjarakan. Setelah keluar dari penjara, beliau kembali menghidupkan Parti Nazi tetapi harus bersemuka dengan musuh yang lebih muda dalam parti, Joseph Goebels dan Strausser. Goebels kemudiannya dilantik sebagai Menteri Akhbar dan Media. Selepas pencapaian membanggakan Parti Nazi dalam Pilihanraya Jerman, beliau meluaskan kuasa dengan memenangi sekali lagi Pilihanraya Jerman seterusnya memaksa Chancellor Jerman meletak jawatan. Seterusnya, beliau menubuhkan SS (The Schutzstaffel) dan menggabungkan semula angkatan tentera Jerman dan melancarkan perang penaklukan ke atas Negara-negara Eropah seperti Austria, Poland, Perancis, Czech dan beberapa lagi. Beliau juga telah menubuhkan Concentration Camp untuk pembelot dan juga penentang Nazi sehingga membawa kepada peristiwa Holocaust dengan penubuhan Kem Auschwitz itu. (untuk gambaran kemnya, sila tonton sedutan siri Band of Brothers episod 9).


Untuk mengetahui sedikit berkenaan Holocaust, tontonlah filem/siri Band of Brothers, Saving Private Ryan, The Pianist, Schindler’s Lists, Everything is Illuminated dan Der Untergang.

Dan kalau berpeluang, tonton juga dokumentari Scrap Book From Hell:Auschwitz di Discovery Channel.


Yaa..berbalik kepada kata-kata si Hitler di atas, apakah maksud tersiratnya??

Perlu diingat, kalau betul-betul bangsa yahudi itu jahat kenapa tidak ‘dilangsaikan’ semuanya ke kem Auschwitz?? Betul ke semua bangsa yahudi itu jahat? Dan pernahkah anda dengar firman Allah:

Dan Kami membahagikan mereka (Yahudi) di dunia ini menjadi beberapa golongan, di antaranya ada orang-orang yang baik dan di antaranya ada yang tidak demikian. Dan Kami uji mereka dengan nikmat yang baik-baik dan bencana yang buruk-buruk agar mereka kembali kepada kebenaran.
(Surah Al-A’raaf : ayat 168)

Jadi, yahudi mana yang hampir 17 juta dulu dibunuh dan dibiarkan kebulur oleh Nazi?? waAllahu A’lam.

Dan kalau betul pun AH tinggalkan sebahagian bangsa yahudi untuk tunjukkan kepada dunia bahawa bangsa yahudi itu jahat, tentu sekali beliau telah membuat kesilapan kerana membiarkan golongan yahudi yang cukup berpengaruh untuk terus hidup. Kerana apa? Kerana selepas tumbangnya zaman Nazi, golongan-golongan inilah yang telah membawa bangsa yahudi ke Palestin untuk penempatan mereka seterusnya membina negara Israel. Dan tidak lupa, menurut sumber-sumber sejarah yang boleh dipercayai, sumber kewangan kerajaan Nazi juga adalah daripada golongan berpengaruh yahudi, antara kompeni-kompeni yahudi yang menyumbang dana kepada Parti Nazi ialah syarikat minyak Rockefeller, Royal Dutch Shell, Siemens and Halske, General Motor, Schneider-Creuzot Group dan Ford Motor Company.

Jadi, segalanya akan dirungkai pada masa akan datang, insyaAllah….



Selepas ini….
MJ

No comments:

Post a Comment